23 September 2011

 ni gambor raya family kecik kami di pagi raya 2011.. tema biru laut

 ni plak gambo aku ngan babyD yg comel.pewasan :)

 ni gambor aku ngn baba(bapak kesayangan aku)

 ni gambor adik beradik pompuan anak roslan.

 Ko tengok tu babyD ngan abg iman bergambor. posing habis ko!!

haaa.. yg kat atas ni la kengkawan gediks aku. erni x da dlm gambo ni pasal dia buat open house.

alkisahnya aku sgt seronok beraya ngan org2 yg aku sayang!!!!!!

syawal berakhir..

setelah hampir sebulan syawal ni aku mkn bnyak oke.. berat aku maintain. tak naik tak turun. sabtu lepas aku ngn babyD n Mr.J pegi beraya sakan. blk kerja je terus pegi umah nil budak kelisa club. kawan2 kelab kereta dulu. lepas tu plak beraya umah olie budak kolej aku dulu. lupa plak nak amek gambor ngn family dia. masa nk blk tu hujan punya lebat sampai si olie lupa nk bagi anak aku duit raya. sob sob... esok nya olie anta sms kata sori cik puan saya terlupa angpau anak anda. hahaha.. boleyyy??? sentap mak.

pas dari situ aku terus shoot ke P.D rumah mak angkat Mr.J aka Tuan rumah yang kami sewa sekarang ni. tido sana satu malam. punya la happy auntie munah and uncle amir. tak lupa jugak kak azwan. blk dari P.D kami kepenatan tapi sempat singgah rumah kak lina kesayangan aku kat kota kemuning. mak dia buat laksa beb. perghhh.. meleleh ayak liuq nih!!...
blk tu je terus terbongkang penangan laksa 2 mangkok.hahahaa .. Lepas tu macam biasa la jadual tetiap hari. Semenjak babyD dah pandai panggil Dada aka Daddy, mulut dia bising sgt. Nak jadikan cerita hari selasa lepas ada makcik cina selang satu umah aku tu mati. apa lagi bertungtang tungtang la lagu dia mengalun setiap hari dari jam 7.30 sampai 12mid nite okehh!!! tapi yang aku pelik nya babyD dgn selamba tido macam x da apa2 bunyi pun. Siap letak tangan kat kusi joget2 dengar lagu cina tu dok bertafakur. apa punya budak la..

aku nk up gambo masa raya aritu. Tp x bnyak la. kalau nak banyak g kat FB aku bersepah gambor. hehee..

14 September 2011

dah bersawang!!

selamat hari raya semua.. selama raya ni aku dh tinggalkn blog ni smpai bersawang dah. btw, hidup diteruskan macam biasa. adik aku mira baru je blk ke medan last week. best dpt spend masa ngan dia and tania. lama x jumpa tania rindu sungguh ngn budak tu. ye la kita duk jauh jumpa setahun 3 kali je. dulu masa kecik selalu bersama. gaduh tetiap hari bila jauh hati ni rindu kat dia... lepas raya ni aku sedikit malas nk bekerja. ye lah dah cuti seminggu mesti kemalasan tu ada. tipu la aku klu aku ckp smangat aku berkobar kobar nk g keja. huhuu.. semalam aku dpt berita kawan baik aku masa sekolah dulu kena cyst kat belah kanan ovari dia. dia baru kawin x smpai setahun. tgh nk cuba dpt baby.. tapi tetiba dpt tau ada cyst pulak. sgt simpati pada dia. nak pulak insurance prudential dia x cover for operation. aku bg dia idea amek insurance lain. tp mmg kita memerlukan insurance dlm hidup. sgt penting ok! aku x nk keluarga aku susah klu aku kena masuk spital. aku x nak suami aku sedih n sakit menaggung beban hutang bill hospital. so dgn adanya insurance laki aku x perlu risau. itu yg aku nk. so sekarang ni aku kena amek insurance blk setelah aku tutup awal tahun hari tu sebab bengan dgn agen insurance aku yg lama.

ok lah smpai disini aja setakat ni punya entri...