20 April 2012

the best of you

BabyD,

setiap kali dhiya merengek merajuk mintak di pujuk.... mummy akan teringat diri sendiri...

setiap kali dhiya petah berkata-kata,mummy akan nampak bayangan sendiri ...

setiap kali dhiya sepahkan rumah dan tak nak kemas balik,mummy akan nampak diri mummy..

setiap kali kita sekeluarga ke mana2 tempat yang ada playground and dhiya nangis nak mintak main,setiap kali tu mummy nampak diri mummy yang lepas...

setiap kali dhiya mintak toys baru tapi mummy tak bagi,mummy akan nampak diri mummy masa kecik...sebijik...

setiap kali daddy tinggalkan kita ke outstaion,dhiya akan duduk depan pintu melambai sambil muncungkan bibir dan menangis...... setiap kali tu mummy nampak diri mummy...


..........


kita sama dan setiap kali dhiya buat sesuatu perkara dan merajuk, mummy tau cara nak pujuk dhiya sebab kita serupa....




tuhan ku .... aku sentiasa inginkan dhiya menjadi lebih baik dari diri ini.. KAU bantulah aku dan kau berikan lah petunjuk untukku membimbing DHIYA AMANDA BINTI JOHAN ARIFF ...amin

19 April 2012

HAPPY B'DAY TO ME

kalau nak di ingat kan balik waktu macam ni,30 tahun lepas...

mama baru lepas bersalin kan aku pukul 6am kat rumah kg puah seberang Gombak. terima kasih mama sebab lahirkan GG ke dunia ni.. GG berjanji akan menjaga hati mama selagi bole.. Bila dah ada pengalaman sebagai mummy kepada BabyD,GG tahu apa yg mama rasa dalam tempoh membesar kan GG dulu.. GG hargai sangat walaupun keluarga kita berpecah belah tapi GG bahagia sebab ada 2 keluarga. Orang lain ada 1 keluarga je :)

Kepada diri aku sendiri,aku sangat seronok sebab umur aku dah cecah 3+ hahahaaa..... suka la sangat!!

16 April 2012

KELEBIHAN MENJADI WANITA DAN IBU

~Kelebihan Menjadi Isteri yang Solehah~
  1. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  2. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  3. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).
  4. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
  7. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  8. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  9. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
  10. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad
  11. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki SYURGA.
~Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah~
  1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  7. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

14 April 2012

NAMA BAYI ISLAM PILIHANKU

Nama Bayi Lelaki:

1)
Dhafir/Aqil                           DHAFIR AQIL
Menang/bijak

2)
Dhahir/Afwu                 DHAHIR AFWU
Yang membantu/pemaaf

3)
DAIYAN/amjad                   DAIYAN AMJAD
Hakim/mulia,soleh

4)
Difa/Afkar                       DIFA AFKAR
Pertahanan/yang bijak

5)
Daffa/Adli                            DAFFA ADLI
Pembela/keadilanku

Nama Bayi Perempuan:

1)
Dahlia/Amirah                  DAHLIA AMIRAH
nama bunga/Yang bahagia

2)
Dalila/Adlina                 DALILA ADLINA
Petunjuk/bukti -Keadilan kita

3)
Dina   - Aisyah                         DINA AISYAH
Keagamaan - kehidupan

4)Dayana  - Afifah                   DAYANA AFIFAH
Yang kuat - Bermaruah

5)dahiyah  - Arifah                  DAHIYAH ARIFAH
Yang pintar - bijaksana