14 October 2013

esk raya haji

hari ni hari pertama hubby tak da sebab ke hong kong atas urusan kerja. sabtu depan baru balik. seminggu x da ..huwaa raya haji kami x best tp x bermakna kami x bole raya kan?
so  semalam lepas hantar hubby ke airport, kami bertiga beranak g umah baba kat bt muda. malam baru blk.

hari ni punya plan nak amek kakak and then ke rumah mama pulak. malam nanti ke klang beraya and tidur sana. mertua ku sudah menanti.hahahaa... i kan anak kesayangan ;)  (eceh tak nak kalah)

so plan kami utk minggu ini penuh dengan aktiviti. in sya allah anak2 tak bosan. pesanan hubby (jaga diri and anak2) so, saya akan berusaha. hikhik...

ok lah selamat hari raya haji semua...

10 October 2013

baby Dhiya aka miss 3: baby Dian aka miss 1mnth

hari ni mata tak mengantuk,jam dah puul 1.43am. since ku berenti kerja 2 tahun yang lepas,ku banyak belajar untuk menjadi housewife and mother kepada keluarga aku. haaa kali ni aku nak cerita pasal miss 3. she is so helpfull now. sometimes she even do things that i forgot to do on behalf of me. contohnya: nak masu tidur miss 3 akan rolong bawakkan hp mummy and tutp kipas. siap alert mummy untuk jangan lupa tutup lampu. siap kiss baby miss 1mnth before sleep. well,she do love her sister. best hidup macam ni. jadi housewife tengok anak2 membesar depan mata.

well its time to sleep now. daaa

pengalaman bersalin Dian Adelia bte Johan Ariff

26.8.13 jam 6.53ptg lahirlah baby Dian ke dunia. kali ni aku tahan je smpai overdue. 40 weeks n 3 days tuh..

meh nak cerita pengalaman bersalin kali kedua ni.

23.8.13 tarikh dua bersamaan hari jumaat aku dah start sakit. time ni raya baru seminggu. memang sakit yg bole di tahan lagi.

24.8.13 kami satu family siap ke open house ada lebih kurang 4 buah rumah. sakit mild je

25.8.13 ahad ... time ni sakit dtg dh 10 mnt sekali. just imagine 24 jam sakit yg sama dan cntraction dtg 10 mnt sekali. masa tu aku hanya berserah je pada yg esa.

26.8.13 jam 2 pagi kami ke hospital selayang. mmg dh x tahan sgt dah time ni. tapi jalan baru bukak 2cm. so,balik rumah kakak kat kepong. doc nak admit tapi aku tak nak sebab baby D aka miss 3 ada kat rumah sister aku. so pulang lah kami jam 5 pagi. sempat singgah mamak tapau mee goreng mamak.hahaha .. tapi makan tak habis sebb sakit. sepanjang hari sakit menjadi jadi. aku tahan kan aja smpai la jam 4ptg aku dah tahap tak boleh bergerak.cakap kat hubby its time! hubby pun bawak aku gi hospital selayang.

5.45 ptg sampai hospital. naik wheelchair dh sebab aku x boleh berjalan. bayangkan lah bila aku sampai kat bilik saringan tuh,aku tengok ada 5 orang tengah tunggu turn and yang baring kat kati ada 4 orang. yang lain semua rilek je. aku dah menahan contraction 5 minit sekali. datang sorang nurse tengok muka aku dah lain macam and aku pass buku merah. terus nurse suruh aku baring kat katil. nurse cek and bagitau kat nurse lain yang aku overdue. bila depa cek ecg, jantung baby dah drop bila contraction aku datang. aku dah tak tahan sakit sangat dah time ni. datang doc in charge,dia nak buat ve and ya allah!! masih 2 cm ... hancur lebur hati aku nak bersalin normal. bila doc pecahkan ketuban,air ketuban dah kaler itam. means baby baru berak. terus keadaan bertukar and doc tadi jerit "emergency csec"!!! dalam masa setengah jam aku dah siap utk csec . hubby kat luar tunggu penuh sabar. aku dah start menangis dah time ni. terus katil kena sorong masuk OT.

jam 6.53 ptg keluar lah baby ke dua ahli keluarga kami... hanya allah je yang tau perasaan aku masa tuh. lega ada,sedih pun ada.. tak dapat nak bonding bagi susu kt baby time tu. masuk wad dalam jam 8 pagi, esoknya jam 7 pagi baru baby di bagi kat aku.

alhamdulillah semuanya selamat. even jahitan tak berapa nak cantik,tapi aku lega tengok bill rm192 je. hehe.. bk kata sister,sakit sama je kan? so conclusion nya,bersalin mana2 pun sakit bersalin tetap sama..