19 December 2013

mama dan kanser stage 4

status aku dalam kesedihan... mama diagnosed with cancer stage 4. cancer usus. masa mula2 mama kena kami semua tak tau. mama sakit perut since last ramadhan. mama nak membuang tapi tak lepas. sampai kena pakai pampers sebab yang keluar tersekat sekat. untill at 1 point dah sebulan macam tu,mama turutkan jugak pergi hospital. lepas buat ct scan dokter sahkan nampak ada ketumbuhan sebesar 10cm yang menghalang laluan najis. dekat dengan rahim. atas faktor tertentu mama tak dapat nak di operate untuk buang ketumbuhan tu. tapi doktor buat stoma je ke atas mama.(maknanya buat laluan najis dekat perut sebelah pusat) dalam masa yang sama , doktor sahkan terdapat kanser yang sangat banyak dekat bawah ketiak kanan mama dan dah merebak ke hati. semuanya berlaku dengan sangat pantas.

mama seorang ibu yang sangat tabah dan kuat semangat. dalam masa lepas mama operate untuk buat stoma,aku bawak anak2 tidur rumah mama seminggu at least mesti sekali. ada bagus nya jugak berhenti kerja. at least mama dapat jumpa anak2 dan cucu dia selalu. alhamdulillah mama kuat. ni dah kali ke 2 mama kena kemoterapi. setiap kali pergi mama kena masuk hkl 5 hari. kemo ambik masa 11 jam sekali buat. rehat kejap then buat lagi.

sepanjang mama kena diagnosed with kanser mama x pernah menangis depan kami semua. alhamdulillah papa sentiasa ada bersama disaat mama sakit. hubungan kami anak beranak lebih rapat sekarang.

dokter ada ckp dulu yang jangka hayat mama sangat pendek. nauzubillahhiminzalik.... allah maha mendengar doa hambanya... doaku sepanjang malam moga mama sembuh sepenuhnya dari kanser.

nowdays bila kami bagitau nak ke rumah mama,dia akan suruh bibik siapkan barang masak. tapi mama sendiri yang akan masak. mama sanggup tahan kaki berdiri kat dapur demi nak tengok kami makan sedap sedangkan mama hanya makan sup ikan atau ikan bakar je :(

ya allah ya tuhan ku... kau kuatkanlah mama kami,kau berikanlah kekuatan ke atas kami sekeluarga dalam menempuh hari2 yang akan datang... ameen

g.nite assalamualaikum