03 September 2015

Taman mini rumah klang

Ni adalah sedikit sebanyak taman mini aku usahakan dengan mama mertuaku tersayang. Hasil advice dr pm malaysia ... aku pun buatla tanaman sendiru supaya bole makan hasil cucuk tanam sendiri .. apakah itu???? Kangkung!!!

Haaa besar bagai johan tau kangkung tuh. Dah 2 kali makan hasilnya. Tanam dlam pasu je..

Lama tak post cerita

Al kisah perihal rumah baru. Alhamdulillah selamat dapat kunci rumah dan dah selamat peegi tgk keadaan rumah. Banyak yg nak kena repair tapi kami limit kan pada yang penting dulu.

Rumah teres setingkat di sek 20 tarikh dpt kunci 21 august 2015

*tarikh lulus loan november 2014

*Cost repair rumah belum tau lagi

*Rumah baru kami in sha allah bakal diduduki awal 2016.

Banyak halangan nak dapatkan rumah ni. In sha allah rumah yg bakal kami duduki sehingga hujung nyawa. Kalau nak tambah harta pun biarlah sewakan je. Untung anak2 dimasa depan. Ameen

01 August 2015

Selamat hari raya 2015

Assalam all... post raya tahun ni saja gedik nak selpie pastu up hanya gambar sahaja... santek sgt perahsaan aku.hahahaa

16 June 2015

Bercuti di cameron highland 2015 part 2

Sambungan dari day 1

Assalam

Ni nak cerita day 2 kami pulak. Kami checkout awal sebab tak nak layan jam turun ke highway. Kalau balik tenghari alamatnya malam baru sampai. Jalan ikut tanah rata sempit so gerak awal. Kami sampai ke highway plus tu dalam jam 12 macam tu. Pukul 9am dh checkout  singgah kejap kat strawberry farm tu untuk beli pokok kiriman dari mertuaku. Sebelum balik pekena ice cream strawberry dulu. Sedap!! Masam2 manis rasanya.seketul2 buah dia bagi. Rm6 sahaja semangkuk. Rugi x try weh.

Balik ikut tanah rata jalan dia sgt2 la membuatkan aku pening kepala. Herot berot weh!! Ada lori ni dia duk depan kami.alhamdulillah driver dia paham situation kami so dgn baik hatinya dia berhenti kiri and bagi laluan kat kami2 ni.

Sepanjang perjalanan tu banyak rumah org asli dan sumbwr pendapatan mereka kalau tak silap aku daripada hasil jualan madu asli,barang2 rotan dengan petai.berlambak petai. Rm6 2 ikat. Seikat ada la 3 helai je. Hampes mahal harganya.

Smooth la perjalanan kami kali ni. Kalau korang naj pergi x payah la bawak baju tebal2 sebab cuaca x berapa nak sejuk. Malam pun tdo pakai selimut je. Kalau berjaket kompem peluh. Dlam bilik hotel x da kipas atau pun aircond. Harap maklum ye.

12 June 2015

Trip ke cameron highland 2015

Part 1

Haaa kerlass cuti sekolah tgh tahun bawak anak2 gi bercuti. Padahal anak aku si dhiya tu baru 5 tahun. Ok meh nak cerita trip aku kali ni. Perjalanan sabtu sebelum subuh dan pulang ahad sebelum jammed ;)

Hotel:

Kami booking pakai agoda.com je. Duk menginap kat hong kong hotel. Harga boleh tahan. Rm241 untuk 1 malam. Paling best sebab nak ke pasar malam hanyalah 2 ke 3 km je jalan kaki. Suasana bilik jgn tanya. Memang aku tak hamek gambor pasal banyak adegan sensored(maklumlah anak dara 2 org) kalau korang nak tgk pergi la tgk kat website dia hongkong hotel cameron highland

Perjalanan ikut simpang pulai hari pertama:-

Kami bertolak dari sebelum subuh jam 5am. Ikut simpang pulai sebab aku jenis kaki mabuk duk dalam keta yg perjalanan dia herot berot. So sedang elok sampai kat area tanah rata dalam jam 9am. By the time kami sampai tu kedai2 belum bukak lagi. So project pertama mandikan anak2 dara berdua ni. Kami singgah dekat masjid tgh2 pekan brinchang. Sejuk gigil weh air masjid tuh. Mandi koboi la apa lagi!!!

Kami pergi pit stop pertama health strawberry farm. Tapi tak berpeluang nak petik2 strawberry sebab dh x cukup buah kata mamat bangla tu. Depa jual 2 bekas besar n 2 bekas kecik rm30. Aku rembat sekali dgn sekotak kecik coklat. Konon nak cicah ala2 dato CT. Sedap manis berlemak !!!
Habis lepak strawberry farm aku gerak pergi lepak ladang teh nak makan sebab perut dah nyanyi lagu cak lem pong. Mahai giler nasi lemak ayam rm12.50 x masuk gst.
Teh o panas perisa strawberry dgn raspberry segelas rm5.50.. haaaa ko hado??? Minum air teh o harga hotel 5 bintang duk tepi ladang teh ..kerlas kan???
Pastu konon nak rasa scone pun sama harga boleh tahan. Total makan kt situ je rm50 x lari. Habis kami lepak ladang teh kami singgah jap 1 strawberry farm yg aku x berapa nak ingat namanya. Tempat tu singgah pun sebab jalan dari tanah rata ke brinchang jam giler. Punca jam sebab org nak isi minyak kat petronas n shell.(2 petrol pam yg ada di atas cameron)

Lepas tu kami cari mardi tempat mcm2 pokok ditanam.berjaya rembat pokok thyme dgn oregano..murah tuh. Pastu x lupa beli baja sekali.

Sedang elok sampai brinchang dh timing nak checkin hotel. So sampai je mandi2 hot shower lepas tu tidur zzzz.. sebelum maghrib bangun siap2.lepas solat jalan kaki ke pasar malam. Time ni memang best. Sejuk2 sambil jalan kaki peluk2 hubby. Hahaha berangan ala2 che ta jenjalan kat kota london ;p
Kat pasar malam kami beli jagung 31 biji rm30. Kena tipu hidup2. Katanya 40 biji rm30 .. dah balik kl bukak2 semua jagung separuh siap je. Pastu siap berulat . Tak pa la x da rezeki.

Kat pasar malam ni kami makan mee bakso. Sedap weh sejuk2 makan sup. Kat Cameron ni banyak kedai steam bot. Memang harus pekena sup2 bila time sejuk. X banyak benda kami beli. Cumanya makanan yg jarang sgt dpt kat kl la mcm: sayur brokoli,bayam gnrg tepung. So balik bilik lepak depan balcony makan strawberry cicah coklat dgn habiskan makanan pasar je. Tidur awal sebab sejok!!!.. disebabkan hotel ni betul2 tepi jalan besar bising giler

Sambungan part 2 esok ek

29 May 2015

2015 lembaran baru

Assalam semua..

Lama sudah rasanya aku tak ber blogging.  Dhiya amanda dah pun  masuk umur 5 tahun. Dian adelia pulak 1 year 9 months. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je arwah mama pergi tinggalkan kami. (Mood rindu)

Ok lembaran 2015 banyak nak di story. Bermula dengan episod aku dan hubby decided beli rumah kat sek 20 atas tangan makcik aku. So ,process loan rumah ambil masa 2 minggu je untuk approved.  Dengan rumah sewa di 1120 park avenue pulak contract tamat bulan feb 2015, kami terpaksa menumpang di rumah mertuaku kt klang. ( until now kami masih menumpang. khabarnya kami akan dapat kunci bulan 8 2015 in sha allah) doa2 . Barang2 rumah aku dulu aku letak kat umah papa di rawang

So business brooch aku berjalan dengan lancar alhamdulillah...  jumaat,ahad n isnin je aku niaga buat sementara waktu ni  sebab faktor jauh. Takut tak berbaloi nanti.

Nampak gayanya raya 2015 kami tak ada rumah so tak bole la gatal2 nak jemput korang datang raya umah aku.muahahah macam la ada orang baca blog aku yang sepi ni. So setakat ni dulu nyembang arini. Aku letih plus aku baru teringat yang aku ada blog (boleee???)

Nanti aku ada masa nak cerita plak pasal sekolah anak aku si dhiya amanda

Bye2 Assalam